السلام عليكم.
Assalamualaikum, tak jawab dosa, kalo jawab, sayang laaa tu ! Haha. Oke, gua nak tanya sape kat sini ada ex? Mesti ramai kan haha. Urm, apa yang kamu semua rasa kat ex korang ? Benci ? Rindu ? Ataupun benci tapi rindu ? Haha. Apa pun yang korang rasa kat ex korang, pastikan korang tidak menyimpan dendam dendam terhadap mereka. Walaupun korang ditinggalkan oleh mereka mahupun cinta kamu dicurangi . Haha.
Daripada membenci mereka, marilah kita mengucapkan jutaan terima kasih untuk mereka. Terima kasih untuk cinta yang diberi dulu, terima kasih untuk kenangan bersama yang tak mampu dilupakan, dan terima kasih untuk segalanya. Terima kasih jugak untuk mereka kerana menjadi semangat untuk kita ketika kita bersedih, terima kasih jugak kerana memberi pengajaran yang berguna kepada kita dalam menemui cinta sejati kita. Jangan menyesal jika kita pernah mencintai seseorang itu. Mungkin bukan mereka yang tertulis untuk kita. Walau apa pom yang jadi, doa lah untuk kebahagiaan mereka. Mungkin mereka bukan yang terbaik untuk kita, dan kita bukan lah yang terbaik untuk mereka. Jadi ucapkan lah terima kasih untuk ex kamu kerana memberi kamu pengajaran sebelum menemui cinta yang sebenar.Terima Kasih Ex !
