Assalamualaikum ...
Pernah dengar tak lelaki selalu cakap perempuan ni menyusahkan, sebab susah betul nak faham perangai mereka ni? Sekejap oke, sekejap tak ! Pernah kan ? Ada pulak sesetengah perempuan yg tak setuju dengan pendapat ni, sebab lelaki yg sebenarnya tak nak memahami perasaan perempuan. So, macam mana? Siapa yg betul sebenarnya?
Lelaki cakap perempuan ni susah nak faham sebab suka fikir bukan-bukan. Benda kecik jadi besarkan. Kadang-kadang suka marah tak tentu pasal. Kuat cemburu. Ada masanya ego pulak tu. Dan banyak lagi lah... Semua salah perempuan. :(
So, lelaki semuanya baik? Tak pernah buat salah ? Tak pernah sakitkan hati perempuan? Macam tu ? Adakah perempuan ni harus faham perangai lelaki sahaja? Lelaki jugak ada ego. Lelaki jugak ada cemburunya dan lelaki jugak selalu suka marah tak tentu pasal. Sama jer kan situasinya.
Macam-macam perangai ada pada setiap lelaki dan perempuan. Mungkin tak semuanya perkara buruk ada pada pasangan. Setiap pasangan pasti ada kelebihan. Sebab kita manusia. Setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan. Tapi pasti kelebihan itu yg kita nak tunjukkan kan. Tapi sedarkah secara tidak sengaja kita selalu tunjukkan kelemahan diri kita. Buktinya, kita selalu bersangka buruk dengan pasangan, bergaduh, cemburu yg terlebih-lebih dan selalu membesarkan keadaan. Akhirnya, kita sendiri yg akan menangis dan menyesal. :(
Sememangnya sesuatu hubungan itu sukar apabila tiada komunikasi yg baik dan sikap yg mementingkan diri. Memang susahkan kita nak terbitkan rasa percaya dan bersangka baik terhadap pasangan. Kenapa macam tu ? Sebab kita takut nak percaya 100% terhadap pasangan. Takut sebab pasangan akan berkata bohong dan mungkir janji. Dan takut kita akan dikecewakan. Siapa yg mahu macam tu kan ? Semua orang mahukan hubungan yg kekal bahagia.
Walau apa-apa pun, kebahagian setiap hubungan bergantung pada lelaki dan perempuan itu. Jika masing-masing tahu apa yg mereka lakukan adalah demi kebaikan hubungan mereka maka bahagia lah hubungan mereka itu. Selebihnya berserah kepada jodoh dan takdir.

No comments:
Post a Comment