Assalamualaikum ...
Kali ini cerita bukan sekadar cerita kosong. Tapi dari pengalaman diri sendiri jugak. Bukan nak cakap diri ni dah banyak teroka dunia. Tanggal 18 julai 2013 nanti genap lah umurku 17 tahun.. Dan dalam tidak sedar semakin bertambah usia, semakin banyak dosa telah dipikul. Adakah selama hampir 16 tahun ni aku hanya pikul dosa sahaja ? Astaghfirullahhalazim....
Ya Allah , apa yang telah hamba mu ini lakukan di dunia ini. Terlalu banyak khilafku. Antaranya hanyut dalam dunia percintaan antara lelaki dan perempuan. Dunia remaja kini penuh dengan alam percintaan. Bukak sahaja Facebook, ramai kenalan yang membuat status "In Relationship", "Engaged" dan "Married". Namun, kebanyakan mereka belum bertunang atau berkahwin secara sah !
Hampir 8 bulan lebih melayar dalam dunia percintaan bersama si dia, akhirnya terputus di tengah jalan. Katanya, kita perlu berubah. Hubungan kita cipta ini 'tidak sah' di sisi Tuhan. Tak tertanggung nanti dosa-dosa yang akan dipikul. Kita akan berkawan. Jodoh tidak akan kemana juga kan , walau kita lari ke hujung dunia pun. Ya, itu pun jika itu ada ditakdirkan sebagaimana yang tertulis di Lohmahfuz. Kalau tidak ada ?
"Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika tidak menyakini. "
Kehidupan yang dilalui penuh dengan liku. Ada yang menyenangkan hati dan ada yang mendukacitakan. Mungkin sekarang kita berada dalam situasi yang mendukacitakan. InsyaAllah, suatu hari nanti kehidupan kita akan lebih baik. Kita mampu berubah. Ya Allah, semoga jodohku suatu hari nanti adalah jodoh yang akan membawa ku ke jalan-Mu dan mencintai-Mu .

No comments:
Post a Comment